Isnin, 14 Mac 2011

Ahad, 9 Januari 2011

Selasa, 4 Januari 2011

Kereta

Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j
tidak akan dapat memotong kereta
yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu
dari arah yang bertentangan.



Isnin, 3 Januari 2011

Kebal

Tahukah Anda,
antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal,
ahlak kereta kebal adalah lebih baik
kerana kereta kebal walaupun ia kebal
tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Lempeng

Tahukah Anda,
bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.
Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng
masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Kaki

Tahukah Anda,
kedua belah kaki kita tidak sama besar
kerana sebelah adalah kaki kanan
dan sebelah lagi adalah kaki kiri.
Namanya saja sudah tidak sama
jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

Magnet

Tahukah Anda,
magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani
menarik butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah
untuk menarik kereta bukanlah magnet.

Burung

Tahukah Anda,
burung dapat pulang ke sarangnya
walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap
walaupun tanpa bantuan kompas.
Ini kerana setiap sarang burung mempunyai
alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

PBB

Tahukah Anda,
hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol.
ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa
jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat.
(bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot)

Denmark

Tahukah Anda,
bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia l
ebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Gunung Berapi

Tahukah Anda,
gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun
disahkan masih aktif untuk meletup.
Tapi mengikut kajian ahli gunung,
api elektrik di rumah kita tidak akan aktif
jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Orang Utan

Tahukah Anda,
orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah
Orang Utan.

Cicak

Tahukah Anda,
cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.
Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu,
ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya
lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Paparazzi

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi.
Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo
dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan
oleh Federico Fellinipada tahun 1960.
Dalam bahasa melayu pula,
ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi
juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


Helikopter

Percayakah anda yang air sirap merupakan
salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter.
Ini kerana kajian telah dibuat,
seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk
menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter,
tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

Air Masak

Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki

dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi

150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan

api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.