Isnin, 14 Mac 2011

Ahad, 9 Januari 2011

Selasa, 4 Januari 2011

Kereta

Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j
tidak akan dapat memotong kereta
yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu
dari arah yang bertentangan.



Isnin, 3 Januari 2011

Kebal

Tahukah Anda,
antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal,
ahlak kereta kebal adalah lebih baik
kerana kereta kebal walaupun ia kebal
tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Lempeng

Tahukah Anda,
bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.
Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng
masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Kaki

Tahukah Anda,
kedua belah kaki kita tidak sama besar
kerana sebelah adalah kaki kanan
dan sebelah lagi adalah kaki kiri.
Namanya saja sudah tidak sama
jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

Magnet

Tahukah Anda,
magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani
menarik butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah
untuk menarik kereta bukanlah magnet.